Monday 12 September 2011

KONSEP PENILAIAN

  • Menurut Stufflebeam (1971) -penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
  • menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
  • Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996) - penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
  • Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan  kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak
  • prosedur penilaian : 
    1. persediaan ujian
    2. pentadbiran ujian
    3. pemeriksaan jawapan ujian
    4. analisis ukuran
    5. interprestasi dan tindakan susulan

No comments:

Post a Comment