JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA
- ujian formatif
- dibina untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar.
- skop ujian yang dibina agak terhad, tidak luas, berbentuk khusus dan terhad kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa.
- berlandaskan kepada sesuatu kemahiran, subkemahiran atau sesuatu bahasa yang telah diajarkan dalam jangka pendek.
- tujuan : menguji kemajuan murid dalam mencapai dan mengusai kemahiran.
- ujian sumatif
- ditadbirkan pada hujung sesuatu kursus atau program setelah semua unit kemahiran telah diajarkan.
- tujuan : mentaksir sejauh mana objektif kursus atau program telah tercapai dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar.
- tidak dibuat secara berterusan sebaliknya secara berskala.
- dinyatakan dalam gred dan hasil direkod.
- keputusan boleh digunakan untuk merancang P&P, aktiviti pengayaan dan pemulihan serta penempatan dalam kumpulan yang sesuai.
- ujian kefasihan
- tujuan : tentukan setakat mana seseorang mengetahui dan ketahui sesuatu bahasa secara keseluruhan.
- tidak berdasarkan sesuatu kandungan.
- menilai kebolehan murid
- ujian kefasihan dinilai dari segi ;
- penyebutan dan pengucapan yang betul
- kadar kelajuan bacaan yang sesuai
- pemilihan ungkapan yang betul
- mimik muka yang betul
- posisi tubuh yang betul
- kedudukan buku yang betul
- pergerakan mata
- bacaan mengikut pecahan ayat dan jeda yang sesuai
- perbuatan yang boleh menganggu kefasihan
- ujian kemajuan
- sering digunakan dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja
- berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti dan pengetahuan yang ingin diuji.
- tujuan : mengukur dan menilai setakat mana pelajar telah kuasai bahan
- hasil ujian membolehkan guru mngetahui dengan jelas tentang kemajuan pelajar.
- ujian bakat
- tujuan : mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing
- melibatkan pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, pembendaharaan kata.
- melakukan pelbagai aktiviti bahasa
- hasil ujian direkod dan dianalisis untuk bantu guru fahami murid.
- kesahan telahan atau ramalan merupakan ciri terpenting dalam ujian bakat.
- kemahiran bahasa yang diuji dalam ujian bakat iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- ujian pencapaian
- tujuan : menentukan setakat mana pelajar telah kuasai kemahiran, bahan dan isi pelajaran. mengukur pencapaian pelajar secara lebih menyeluruh seperti ujian akhir kursus.
- soalan ynag dikemukan berkaitan dengan isi pelajaran yang telah yang diajarkan.
- boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamat unit pembelajaran.
- contoh ujian umum : UPSR, PMR, SPM, STPM
- menetukan penempatan sekolah dan jurusan pelajar
- item yang dibentuk di prauji terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment