Friday 23 September 2011

Bagaimana pengujian boleh dilaksanakan dengan berkesan???

Bagaimana pengujian boleh dilaksanakan dengan berkesan??? 
  •  arahan yang diberikan :
    • arahan jelas
    • arahan tepat
    • arahan mestilah ringkas

  • soalan
    • disusun dari mudah kepada sukar

  • dewan atau tempat pengujian
    • mestilah selesa dan kondusif
    • mempunyai pengcahayaan dan pengudaraan yang baik

  • ujian
    • boleh ditadbirkan oleh sesiapa sahaja

Bagaimana ujian yang baik boleh dibina??
  1. sediakan Jadual Spesifikasi Ujian
  2. tulis item ujian
  3. semak item ujian
  4. penilaian item
  5. buat kajian rintis tahap item

Elemen yang mempengaruh kebolehpercayaan sesuatu ujian
  1. tempat murid - tempat semasa murid mengambil ujian
  2. kejelasan arahan dan item ujian
  3. panjang pendek ujian - dari aspek masa dan jumlah ujian
  4. pemeriksaan dan pemarkahan ujian


Wednesday 14 September 2011

JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA

  • ujian formatif  
    • dibina untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar. 
    • skop ujian yang dibina agak terhad, tidak luas, berbentuk khusus dan terhad kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa.
    • berlandaskan kepada sesuatu kemahiran, subkemahiran atau sesuatu bahasa yang telah diajarkan dalam jangka pendek.
    • tujuan : menguji kemajuan murid dalam mencapai dan mengusai kemahiran.

  • ujian sumatif
    • ditadbirkan pada hujung sesuatu kursus atau program setelah semua unit kemahiran telah diajarkan.
    • tujuan : mentaksir sejauh mana objektif kursus atau program telah tercapai dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar.
    • tidak dibuat secara berterusan sebaliknya secara berskala.
    • dinyatakan dalam gred dan hasil direkod.
    • keputusan boleh digunakan untuk merancang P&P, aktiviti pengayaan dan pemulihan serta penempatan dalam kumpulan yang sesuai.

  • ujian kefasihan
    • tujuan : tentukan setakat mana seseorang mengetahui dan ketahui sesuatu bahasa secara keseluruhan. 
    • tidak berdasarkan sesuatu kandungan.
    • menilai kebolehan murid
    • ujian kefasihan dinilai dari segi ;
      • penyebutan dan pengucapan yang betul
      • kadar kelajuan bacaan yang sesuai
      • pemilihan ungkapan yang betul
      • mimik muka yang betul
      • posisi tubuh yang betul
      • kedudukan buku yang betul
      • pergerakan mata
      • bacaan mengikut pecahan ayat dan jeda yang sesuai
      • perbuatan yang boleh menganggu kefasihan

  • ujian kemajuan
    • sering digunakan dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja
    • berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti dan pengetahuan yang ingin diuji.
    • tujuan : mengukur dan menilai setakat mana pelajar telah kuasai bahan
    • hasil ujian membolehkan guru mngetahui dengan jelas tentang kemajuan pelajar.

  • ujian bakat
    • tujuan : mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing 
    • melibatkan pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, pembendaharaan kata.
    • melakukan pelbagai aktiviti bahasa
    • hasil ujian direkod dan dianalisis untuk bantu guru fahami murid.
    • kesahan telahan atau ramalan merupakan ciri terpenting dalam ujian bakat.
    • kemahiran bahasa yang diuji dalam ujian bakat iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

  • ujian pencapaian
    • tujuan : menentukan setakat mana pelajar telah kuasai kemahiran, bahan dan isi pelajaran. mengukur pencapaian pelajar secara lebih menyeluruh seperti ujian akhir kursus.
    • soalan ynag dikemukan berkaitan dengan isi pelajaran yang telah yang diajarkan.
    • boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamat unit pembelajaran.
    • contoh ujian umum : UPSR, PMR, SPM, STPM
    • menetukan penempatan sekolah dan jurusan pelajar
    • item yang dibentuk di prauji terlebih dahulu.

Monday 12 September 2011

KONSEP PENILAIAN

  • Menurut Stufflebeam (1971) -penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
  • menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
  • Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996) - penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
  • Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan  kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak
  • prosedur penilaian : 
    1. persediaan ujian
    2. pentadbiran ujian
    3. pemeriksaan jawapan ujian
    4. analisis ukuran
    5. interprestasi dan tindakan susulan

KONSEP PENGUJIAN

ujian - bahan yang bertulis,cetak,terakam yang dibentuk oleh guru untuk uji sesuatu kemahiran bahasa.
         -  ujian kloz : ujian kefahaman membaca
         -  ujian imlak : uji kemahiran mendengar
         -  alat yang digunakan untuk mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara.

pengujian : proses sesuatu kemahiran bahasa diuji.
               : proses @ situasi sesuatu alat ujian yang ditadbir oleh guru terhadap murid
               : prosedur sistematik untuk perhati tingkah laku dan jelaskan dengan 1 sistem yang berkategori.
                ( cbcronbach 1970)
               : prosedur pengujian ( persediaan, pelaksanaan ujian, pemeriksaan skrip jwpan)
               : guru mengetahui sama ada pelajar telah dikuasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin
                disampaikan oleh guru
               : alat ukur yang sering digunakan bagi menilai P&P

Sunday 26 June 2011